Adab Di dalam Masjid

DI ANTARA TATA TERTIB APABILA BERADA DI DALAM MASJID

  • Hendaklah kita masuk ke masjid dengan mendahulukan kaki kanan dan membaca  `` ALLAAHUMMAF TAHLII ABWAABA RAHMATIK`` .   Apabila hendak keluar dari masjid hendaklah mendahulukan kaki kanan dan membaca `` ALLAAHUMMA INNII AS ALUKA  MINFADH LIK``.
  • Hendaklah sembahyang sunat dua rakaat  taheyatal  masjid dan berniat iktiqaf pada tiap-tiap kali masuk kedalam masjid.
  • Hendaklah duduk menghadap kiblat.
  • Hendaklah kita memelihara diri daripada mengotor dan merosakkan alat-alat masjid dan menjaga keselamatan dan kebersihannya.
  • Hendaklah memastikan pakaian  bersih sewaktu memasuki masjid, dan eloklah berwudhuk terlebih dahulu.
  • Hendaklah menjauhkan diri daripada berbuat perkara yang tidak baik saperti membuat bising, menyanyi, bertengkar dan lain-lain.
  • Banyakkanlah membuat amalan saperti membaca Al-Quran dan lain-lain.
  • Jangan mengganggu orang yang berada dalam masjid baik sedang sembahyang atau yang sedang beramal atau yang sedang berlindung di dalam masjid.
  • Segala percakapan dan langah-langkah biarkanlah perlahan-lahan.

<<**Wabillahitaufiq.** >>

Popular Posts