Adab Masuk Masjid

ADAB APABILA MEMASUKI MASJID

  • Carilah tempat barisan hadapan sekali dari sebelah kanan dimana ada kekosongan mulai dari barisan pertama.
  • Jangan terus duduk, eloklah sembahyang sunat  dua  rakaat taheyatal masjid sebagaimana yang dijelaskan didalam sabuah hadis Rasulullah Sallallahu `alaihi Wasallam.:

<<*>> 
Apabila sesaorang daripada kamu masuk kedalam masjid 
maka janganlah ia duduk sabelum ia sembahyang dua rakaat. 
(Hadis Shahih Riwayat Muslim)

  • Janganlah melangkahi bahu orang lain dan janganlah lalu dihadapan orang yang sedang mengerjakan sembahyang.
  • Jangan meminta jemaah lain untuk bangkit daripada tempat duduknya sebagaimana yang diterangkan didalam sabuah hadis Rasulullah Sallallahu`alaihi Wasallam.:
<<*>>
Tidak boleh sesaorang daripada kamu membangunkan saudaranya dari tempat duduknya,lalu ia duduk di situ,tetapi hendaklah ia berkata luaskanlah (Tempat).
(Hadis Shahih Riwayat Bukhari  dan Muslim)

  • Janganlah bersembang sembang dengan kawan-kawan semasa imam telah naik ke atas mimbar. 
  • Jawablah seruan muazzin sekiranya muazzin sedang azan. 
    •  Dengarlah dengan bersungguh-sungguh  kepada khutbah yang sedang dibacakan oleh khatib, jangan sekali-kali berkata-kata semasa imam sedang membaca khutbah kerana didalam sabuah hadis Rasulullah Sallallahu `alaihi Wasallam ada dinyatakan bahawasanya barangsiapa yang mengatakan kepada kawannya  diamlah atau tenanglah sedang imam berkhutbah maka sesungguhnya dia telah bersalah dan tidak ada pahala Jumaat baginya.
    • Mengerjakan sembahyang sunat sabelum Jumaat (Qabliatan) dan sembahyang sesudah Jumaat (Ba`diatan).
    • Janganlah duduk di masjid dengan duduk bercengkerama atau membicarakan hal-hal dunia semata-mata, serta bersembang dengan perkara yang tidak menentu, berbincang dan bertukar-tukar fikiranlah mengenai agama dan kemajuan masyarakat serta perkara yang memberi faedah.
    • Janganlah membaca Al-Quran didalam masjid dengan suara yang kuat dan nyaring kerana akan mengganggu orang lain yang sedang beramal.


    Wabillaahit taufiq

    ))*((


     

    Popular Posts